Wahai angin yang menderu-deru
Dengar lah bisikan hati
Duka dan walang
Kekeringan dan tandus
Wahai langit nan luas
Terimalah keluh kesah
Bernada sepi dan sayu
Sunyi dan pilu
Hati ini rindu
Rindu pada masa lalu
Masa keraian
Masa kemeriahan
Masa bersama
Duhai hati
Andai bahagia bukan milikku
Janganlah berduka
Lara tidak membawa erti
Wahai tuhan pencipta Alam
Yang membolak balikkan hati manusia
Aku bersandar dibalik bayangmu
Menyerah jiwa nan durja
Kerana padamu
pemilik segala bahagia
No comments:
Post a Comment